BI-LINGUA PUBLICATION
ALIRAN INFORMASI FSSK
BERTUDUNG, TUNTUTAN AGAMA ATAU SEKADAR IMEJ

Bertudung merupakan tuntutan agama keatas setiap wanita yang beragama islam demi untuk menjaga maruah wanita itu sendiri serta menonjolkan kesopanan wanita tersebut. Bertudung sebenarnya telah menjadi suatu budaya bagi masyarakat melayu bermula era 80 an khususnya bagi masyarakat kota.
Sepanjang tempoh tersebut fesyen bertudung tidak dapat lari dari turut berkembang dengan pelbagai fesyen terkini yang sesuai digayakan dalam pelbagai majlis atau aktiviti.Golongan artis yang merupakan pengaruh terbesar masyarakat juga turut memainkan peranan mempromosi pemakaian tudung secara tidak langsung yang telah menjadi ikutan ramai,khususnya golongan remaja.
Sekarang kita boleh berbangga dengan
budaya bertudung dikalangan masyarakat kerana rata-rata wanita berbuat demikian dan fenomena ini boleh dilihat di sekolah, IPT, pusat bandar mahupun di tempat-tempat riadah.Senario ini lahir daripada kesedaran individu yang terlibat secara langsung dengan bidang fesyen membentuk inisiatif pelbagai corak tudungyang sesuai digayakan bagi mengelakkan diskriminasi terhadap wanita bertudung untuk berketerampilan seperti kebanyakkan wanita lain.